Saturday, July 31, 2010

Si Gallus gallus domesticus

Bismillah...

Salam si Gallus gallus domesticus...ha? halus halus kome tikos? Ye..Si galus galus domesticus atau lebih dikenali sebagai "Chicken" atau Ayam.

Murah, Sedap, dan Sihat*


Orang tua2 ckp kalau xmakan derian, tu bukan pure orang Perak... Aku lak kata, kalau xmakan ayam, tu bukan pure orang...tu alien..

Bagi yg selalu masak, mesti korang tau yg daging ayam ni ialah salah satu daging yg paling senang di handle. Boleh menerima pelbagai jenis ramuan dan "kesalahan2" dengan margin of error yg besar and still came out delicious kan.. Maka, bagi org bujang cam aku (n kawan2 aku) kalau nk blaja memasak, mahirkan tentang ayam dan potongan2nye serta bahagian2 yg mana sedap dimasak apa...

Hari ni aku nk menurunkan resipi yg humble ni dkat sapa2 yg ingin mencuba...mudah jugak...Laki mesti suka pasal xda susah2, just blend jek..

Resipi ni hasil dari berpuluh-puluh cubaan dan idea dari kawan2... As of August the 1st 2010, resipi ni masih berubah2 kerana trials still ongoing.


Mari mulakan!:

Baca sehingga habis untuk mengetahui barang2 apa yg perlu dibeli (di giant or tesco or mana2 supermarket).

Resipi di bawah ialah utk 2 (DUA) ekor ayam sederhana.


1) Potong 4 biji bawang n masuk dlm blender.









2) Goreng kering bahan2 dibawah:

4 Sudu besar jintan putih
4 sudu besar jintan manis
4 sudu besar biji ketumbar


And Masuk suma dlm blender.






3) Masukkan 2 sudu besar Lada Hitam





4) 1/2 Cawan Madu






5) 1 Cawan Cili Giling (3/4 atau 1/2 cawan utk kurang pdas)





6) 1 Cawan susu









7) Yang ni optional (2 sudu besar Steak Spice)





8) Blend semua sampai pepejal-pepejal (biji ketumbar etc) Hancur.






9) Semasa bahan2 diblend, tuangkan perlahan2 1 cawan minyak masak (olive oil jika mau alternatif lebih sihat)..Masukkan 1 sudu bsar garam (kurang tidak apa, boleh tambah kemudian)






10) Bila da siap blend, bahan yg dblend tadi akan jadi macam pes@emulsion. Pastikan jintan manis dan lain2 hancur. Gaulkan dengan ayam dan perap sebaik2nya semalaman atau sekurang-kurangnya 2 jam.







11) Bakarlah di atas bara sehingga masak. Elakkan di masak di dlm tray di dlm oven kerana ia akan menjadi basah dan kurang enak.

tips:

1)Potongan ayam 12 digalakkan dan ayam dikelar2 supaya bahan perapan tu masuk dalam. (penting utk perapan bawah 2jam)
2) Cili giling boleh diganti dengan cili hidup (segar) atau cili boh.
3) Madu boleh diganti dengan Gula Perang tetapi rasa tidak akan menjadi sama.
4) Minyak dituang perlahan2 ketika blender sedang memblend bahan perapan kerana utk menghasilkan emulsion dimana bahan perapan akan lekat lebih hebat pada ayam.
5) Susu boleh diganti dengan santan utk rasa lebih tradisional. Gunakan susu rendah lemah bagi mereka yg pentingkan kesihatan.
6) Sebelum mengaulkan ayam dengan perapan, rasa terlebih dahulu bahan perapan. Sedikit masin tidak apa. tambah susu jika terlebih masin@pedas.
7) Semasa membakar, pastikan bahan perapan byk menyelaputi ayam. (perapan yg pekat membantu).




-Kredit di sini kepada kawanku yg ku telah lupa nama beliau kerana mengajar tentang kepentingan menjaga kelemakan (creaminess) dalam satu2 resipi.
-Kredit kepada Khir kerana ajar tentang Jintan manis dan Jintan putih yg perlu digoreng untuk dijadikan sedap (sebelum ni aku just bubuh jek)



*(bergantung kepada cara penyediaan).

4 comments:

  1. nyum! akan ditry! mekaseh epoi

    ReplyDelete
  2. akan dirty? :P

    bagus2...nanti kasik up resipi udang... :3

    ReplyDelete
  3. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete